Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menyokong perjalanan Ainon Business School Sdn Bhd (ABS) sehingga ke hari ini.
Setiap langkah yang kami ambil berpaksikan misi dan visi kami yang jelas – membawakan kebaikan dalam setiap perkara yang kami lakukan.
ABS ditubuhkan dengan iltizam untuk membangun potensi dan bakat insan.
Hari ini, kami telah berkembang menjadi sebuah organisasi yang bukan sahaja kukuh, tetapi juga relevan dengan keperluan semasa.
Pelbagai cabang perniagaan kami seperti ABS Education, ABS Digital, ABS Training, dan banyak lagi telah memainkan peranan masing-masing dalam menyebarkan kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Kejayaan ABS tidak diukur semata-mata melalui pencapaian material, tetapi juga melalui impak positif yang kita bawa kepada individu, organisasi, dan komuniti.
Kami percaya bahawa membawa kebaikan adalah nilai yang mampu merubah dunia, dan kami bertekad untuk terus memperkukuhkan peranan ini.
Dalam menghadapi cabaran masa depan, ABS akan terus berusaha untuk belajar, berkembang, dan memberi yang terbaik.
Akhir kata, terima kasih atas kepercayaan, sokongan, dan doa yang tidak putus-putus.
Bersama-sama, marilah kita terus menyebarkan kebaikan dan mencipta masa depan yang lebih gemilang.
Puan Ainon
Pengasas Ainon Business School Sdn Bhd
Membawakan Kebaikan,
Memandaikan Bangsa
011-5640-9029
admin@absgroup.my