5 Tanda Bisnes Ada Sale Tapi Duit Poket Selalu Tak Cukup

Adakah anda rasa perniagaan anda mempunyai jualan (sales) yang sangat kencang setiap bulan, tetapi apabila tiba masa untuk membayar gaji, pembekal, atau komisen diri sendiri, duit di dalam akaun bank syarikat sentiasa ‘nyawa-nyawa ikan’?

Situasi ini sangat kerap berlaku dalam kalangan usahawan dan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Hakikatnya, jualan yang tinggi tidak menjamin keuntungan (profit) jika pengurusan bisnes dan cashflow anda tidak teratur.

Jika situasi ini dibiarkan tanpa sistem pengurusan yang betul, bisnes anda berisiko mengalami kebocoran kewangan yang lebih serius atau terpaksa gulung tikar.

Mari kita lihat 5 tanda utama kenapa bisnes anda ada sale tetapi duit sentiasa tidak cukup, serta cara untuk mengatasinya.

1. Duit Bisnes dan Duit Peribadi Masih Bercampur

    Ini adalah kesilapan paling biasa dilakukan oleh pemilik bisnes kecil. Apabila tiada pengasingan akaun yang jelas, akaun syarikat sering digunakan untuk perbelanjaan peribadi seperti bayaran ansuran kereta, barang dapur, atau gaya hidup.

    • Impaknya: Anda tidak tahu keuntungan sebenar syarikat kerana rekod perbelanjaan telah bercampur aduk.
    • Solusi: Tetapkan gaji tetap (management salary) untuk diri sendiri dan berdisiplin untuk tidak menyentuh duit akaun syarikat selain daripada urusan rasmi perniagaan.


    2. Tiada Rekod Aliran Tunai (Cashflow Statement) Yang Jelas

    Adakah anda hanya bergantung kepada baki dalam akaun bank untuk mengetahui status kewangan bisnes? Jika ya, ini adalah amalan yang amat berbahaya.

      Baki akaun bank tidak menunjukkan komitmen kewangan masa depan seperti hutang pembekal, cukai, atau kos operasi yang belum dijelaskan.

      Tanpa penyata aliran tunai (cashflow statement), anda mungkin menyangka syarikat mempunyai lebihan tunai, sedangkan duit tersebut telah dimarkah untuk komitmen lain.

      3. Margin Keuntungan Terlalu Nipis atau Salah Kira Kos Operasi

      Banyak bisnes mempunyai jualan mencecah ratusan ribu ringgit, tetapi margin keuntungannya sangat nipis. Keadaan ini selalunya berlaku apabila pemilik bisnes:

        • Salah mengira Kos Barangan Jualan (COGS).
        • Mengabaikan kos tersembunyi seperti kos penghantaran, pembungkusan, komisen payment gateway, atau overhead operasi.
        • Menggunakan strategi ‘perang harga’ tanpa mengira titik pulas modal (break-even point).


        4. Kawalan Stok / Inventori Yang Lemah

        Bagi bisnes yang berasaskan produk fizikal, lambakan stok adalah ‘duit yang terkunci’.

        Apabila anda membeli stok secara berlebihan tanpa analisis permintaan (demand forecasting), tunai syarikat akan terikat pada barang di dalam stor.

          Stok yang tidak bergerak bukan sahaja mengurangkan tunai dalam tangan, malah berisiko menjadi stok rosak atau luput (obsolete).

          5. Tunggakan Akaun Belum Terima (Accounts Receivable)

          Jualan anda mungkin tinggi di atas kertas, tetapi adakah duit tersebut sudah betul-betul masuk ke dalam akaun bank?

            Jika anda memberi kemudahan kredit atau bayaran bertangguh kepada pelanggan tanpa sistem invoicing dan susulan (follow-up) yang ketat, aliran tunai anda akan tersekat.

            Sales tersimpan sebagai hutang pelanggan, manakala komitmen bulanan syarikat perlu dibayar secara tunai.

            Bagaimana Mengatasi Masalah Kebocoran Duit Bisnes?

            Memperbetulkan pengurusan kewangan dan operasi bisnes bukannya mengenai bekerja lebih keras, tetapi bekerja dengan sistem pengurusan yang betul.

            Dengan menguasai asas pengurusan bisnes, anda dapat:

            1. Membina sistem pengurusan kewangan dan aliran tunai yang teratur.
            2. Mengenal pasti dan menutup punca-punca kebocoran duit syarikat.
            3. Menyusun struktur kos untuk memastikan margin keuntungan yang sihat.
            4. Memastikan bisnes beroperasi secara sistematik dan kurang kebergantungan kepada pemilik.


            Bersedia Untuk Kemaskan Pengurusan Bisnes Anda?

            Jangan biarkan hasil titik peluh dan jualan kencang anda hilang begitu sahaja akibat kebocoran kewangan dan pengurusan yang tidak tersusun.

            Dapatkan Sesi Konsultasi Pengurusan Bisnes PERCUMA bersama pakar kami hari ini. Kami akan bantu anda kenal pasti punca kebocoran tunai syarikat dan susun strategi awal untuk kemaskan sistem operasi anda tanpa sebarang sebarang komitmen.

            Share this :

            Leave a Reply

            Your email address will not be published. Required fields are marked *