Cara Potong Cukai Pendapatan Secara Sah Melalui Penubuhan Syarikat

Setiap kali musim cukai LHDN tiba, ramai pemilik Enterprise pening kepala. Untung bisnes makin besar, cukai pun makin melambung tinggi.

Sebenarnya, jika anda tukar struktur bisnes kepada Sdn Bhd, ada banyak strategi jimat cukai bisnes yang boleh anda gunakan secara sah.

Ini 3 cara utamanya:

1. Kadar Cukai Syarikat Jauh Lebih Rendah

  • Enterprise: Untung bisnes digabung dengan pendapatan peribadi. Kadar cukai LHDN boleh melonjak progresif sehingga 30%.
  • Sdn Bhd: Menikmati kadar rata PKS yang jauh lebih murah, iaitu hanya 15% hingga 17% untuk RM600,000 pertama keuntungan bersih.


2. Gaji & KWSP Pengarah Boleh “Ditolak Cukai”

Di bawah Enterprise, anda tidak boleh tolak gaji sendiri sebagai kos operasi. Namun di bawah Sdn Bhd, gaji anda dan caruman KWSP dikira sebagai perbelanjaan syarikat.

Ini secara automatik merendahkan untung bersih syarikat, sekaligus mengurangkan bayaran cukai pendapatan syarikat.

3. Agihan Pendapatan Yang Lebih Bijak

Melalui Sdn Bhd, anda boleh kawal pendapatan peribadi. Anda boleh ambil sebahagian dalam bentuk gaji (untuk penuhkan pelepasan cukai individu) dan sebahagian lagi dalam bentuk Dividen (yang dikecualikan daripada cukai di peringkat individu).

Kesimpulan: Jangan Membazir Bayar Cukai Lebih

Beralih ke Sdn Bhd bukan untuk lari cukai, tetapi untuk merancang kewangan dengan bijak (tax planning). Jika untung bersih bisnes anda dah mula mencecah RM70,000 ke atas setahun, ini masanya untuk anda upgrade.

Pening nak urus pendaftaran SSM dan dokumentasi? Biar team setelkan penubuhan syarikat Sdn Bhd anda dengan cepat dan profesional.

Share this :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *