Bagi pemilik perniagaan yang sedang berkembang, mendaftarkan perniagaan sebagai Enterprise adalah langkah pertama yang bagus.
Namun, apabila jualan makin meningkat dan operasi makin besar, mengekalkan status Enterprise terlalu lama sebenarnya adalah satu perjudian yang berbahaya.
Banyak usahawan menangguhkan keputusan untuk daftar syarikat sdn bhd atas alasan kos pengurusan atau belum bersedia dengan komitmen audit.
Hakikatnya, menangguhkan penubuhan syarikat Sendirian Berhad mendedahkan bisnes dan diri anda sendiri kepada risiko yang jauh lebih mahal.
Jika perniagaan anda sudah mempunyai aliran tunai yang aktif, ini 3 risiko besar yang sedang anda hadapi jika masih bertangguh untuk bertukar ke Sdn Bhd.
1. Liabiliti Tanpa Had: Aset Peribadi & Keluarga Menjadi Taruhan
Ini adalah impak undang-undang terbesar yang jarang difikirkan oleh pemilik Enterprise. Di bawah entiti Enterprise, perniagaan dan pemilik adalah individu yang sama.
- Risiko Simpanan & Harta Dilelong: Jika bisnes anda berhutang dengan pembekal, gagal membayar sewa premis, atau disaman oleh pihak ketiga, anda bertangungjawab sepenuhnya. Pihak menuntut berhak menyita harta peribadi anda termasuk rumah, kereta, simpanan bank, dan pelaburan peribadi.
- Kelebihan Sdn Bhd: Apabila anda bertukar kepada Sdn Bhd, syarikat diklasifikasikan sebagai entiti asing yang terasing daripada individu. Sebarang kerugian atau hutang hanya melibatkan aset di bawah nama syarikat sahaja. Harta peribadi dan masa depan keluarga anda kekal selamat dan dilindungi.
2. Sukar Memohon Pinjaman Bank, Dana, dan Tender Besar
Sebab utama kenapa banyak bisnes Enterprise sangkut (stuck) pada tahap yang sama bertahun-tahun adalah kerana masalah kekangan modal dan kredibiliti.
- Bank & Pelabur Sangat Berhati-hati: Untuk meluluskan pinjaman perniagaan, bank memerlukan penyata kewangan yang telus dan diiktiraf. Enterprise tidak diwajibkan untuk diaudit, jadi pihak bank atau pelabur luar melihat profil kewangan Enterprise sebagai “berisiko tinggi”.
- Terlepas Kontrak Bernilai Tinggi: Kebanyakan tender kerajaan atau kontrak kontrak besar dengan syarikat korporat meletakkan syarat wajib: vendor mestilah berstatus Sdn Bhd. Menangguhkan pendaftaran Sdn Bhd bermakna anda sengaja menutup pintu peluang untuk scale up bisnes ke tahap jutaan ringgit.
3. Terpaksa Bayar Cukai Pendapatan Individu Yang Sangat Tinggi
Ramai pemilik bisnes menyangka mengekalkan Enterprise dapat menjimatkan cukai. Ini adalah mitos yang silap.
Apabila keuntungan bersih Enterprise meningkat (contohnya mencecah RM100,000 ke atas), amaun tersebut akan digabungkan terus ke dalam cukai pendapatan individu pemilik.
Di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kadar cukai pendapatan individu boleh melonjak progresif sehingga 30%.
Sebaliknya, kelebihan sdn bhd membolehkan anda menikmati:
- Kadar cukai rata syarikat PKS yang jauh lebih rendah (15% hingga 17% untuk RM600,000 pertama).
- Gaji pengarah yang boleh ditolak sebagai perbelanjaan/belanja operasi syarikat untuk mengurangkan cukai keseluruhan perniagaan.
Kesimpulan: Jangan Tunggu Sehingga Masalah Datang
Menangguhkan penubuhan Sdn Bhd bukan cara menjimatkan wang, tetapi ia adalah risiko yang boleh membunuh perniagaan anda dalam sekelip mata jika berlaku kecemasan undang-undang atau kewangan.
Langkah beralih ke Sdn Bhd adalah pelaburan terbaik untuk perlindungan diri dan persediaan mengembangkan legasi bisnes anda secara profesional.





