Enterprise vs Sdn Bhd: Mana Satu Lebih Untung & Selamat untuk Bisnes Anda?

Bagi setiap pemilik perniagaan di Malaysia, salah satu keputusan paling besar yang perlu dibuat adalah memilih struktur entiti bisnes yang betul.

Memandangkan landskap ekonomi dan perniagaan kini semakin kompetitif, pilihan sama ada mahu kekal dengan Enterprise (Pemilikan Tunggal/Perkongsian) atau naik taraf ke Sdn Bhd (Sendirian Berhad) akan menentukan masa depan legasi anda.

Persoalannya, mana satu entiti yang sebenarnya lebih menguntungkan dan, yang paling penting, selamat untuk melindungi titik peluh anda?

Dalam artikel ini, kita akan rungkai perbezaan dari segi undang-undang, cukai, kredibiliti, dan keselamatan aset peribadi anda.

1. Keselamatan Aset: Siapa Yang Melindungi Anda?

Perbezaan paling kritikal antara Enterprise dan Sdn Bhd adalah dari segi liabiliti (tanggungan hutang).

Enterprise: Risiko Harta Peribadi Dilelong

Di bawah undang-undang, Enterprise dan pemiliknya adalah entiti yang sama. Jika perniagaan anda mengalami kerugian, muflis, atau disaman oleh pelanggan, aset peribadi anda (seperti rumah, kereta, dan duit simpanan dalam bank) boleh disita atau dilelong untuk membayar hutang perniagaan.

Sdn Bhd: Perlindungan Liabiliti Terhad

Sdn Bhd pula ialah satu entiti undang-undang yang berasingan daripada pemiliknya. Segala hutang atau komitmen syarikat terhad kepada aset syarikat sahaja.

Jika syarikat berdepan masalah undang-undang atau muflis, harta peribadi anda sebagai pengarah atau pemegang saham adalah selamat dan dilindungi.

2. Struktur Cukai: Mana Satu Lebih Menjimatkan?

Bila jualan bisnes dah mula mencecah ratusan ribu ringgit setahun, isu cukai akan menjadi sangat sensitif.

AspekEnterpriseSdn Bhd
Kadar CukaiMengikut cukai pendapatan individu (skala progresif sehingga 30%).Kadar rata yang lebih rendah untuk PKS (15% – 17% untuk RM600,000 pertama).
PengiraanUntung bersih bisnes dikira terus sebagai pendapatan peribadi anda.Syarikat dan individu dicukai secara berasingan.
Gaji PemilikGaji pemilik Enterprise tidak boleh ditolak sebagai belanja operasi.Gaji pengarah Sdn Bhd boleh ditolak sebagai perbelanjaan syarikat (mengurangkan cukai syarikat).

Formulanya Mudah: Jika keuntungan bersih bisnes anda sudah konsisten melebihi RM70,000 ke RM100,000 setahun, struktur cukai Sdn Bhd adalah jauh lebih menjimatkan berbanding Enterprise.

3. Kredibiliti & Peluang Skala (Scale-Up)

Adakah anda mahu bisnes anda kekal di tahap sekarang, atau mahu berkembang lebih jauh?

  • Sdn Bhd Membuka Pintu Peluang: Pihak bank, pelabur, dan jabatan kerajaan lebih yakin untuk memberikan pinjaman perniagaan, dana, atau kontrak tender kepada syarikat Sdn Bhd. Ini kerana sistem tadbir urus Sdn Bhd dikawal selia dengan ketat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memerlukan audit tahunan.
  • Enterprise Lebih Terhad: Agak sukar untuk Enterprise memohon tender bernilai tinggi atau menarik pelabur luar kerana ketiadaan struktur pegangan saham yang jelas.


Rumusan: Mana Satu Pilihan Anda?

✅ Pilih Enterprise jika: Anda baru sahaja mahu menguji idea bisnes (fasa validation), modal awal sangat kecil, dan risiko operasi perniagaan adalah rendah.

✅ Pilih Sdn Bhd jika: Bisnes anda sudah mula untung konsisten, anda mahu mengambil pekerja, merancang untuk memohon loan atau tender, dan mahu memastikan harta peribadi serta keluarga anda dilindungi 100%.


Pening Nak Urus Dokumentasi & Proses Daftar Sdn Bhd?

Menubuhkan syarikat Sdn Bhd tidak semestinya rumit, mahal, atau memusingkan kepala. Anda tidak perlu bazirkan masa turun naik pejabat SSM atau tersalah isi dokumen undang-undang yang mengelirukan.

Biar pakar persyarikatan kami yang uruskan semuanya untuk anda daripada semakan nama syarikat, pelantikan Setiausaha Syarikat (Company Secretary), sehinggah lah syarikat anda sedia beroperasi.

Share this :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *