Staf Kerap Ambil MC? Ini Cara Strategik Urus Masalah Ketidakhadiran Pekerja

Bagi seorang pemilik bisnes atau founder PKS, tiada apa yang lebih memusingkan kepala selain daripada melihat mesej di pagi hari:

“Bos, saya tak sihat hari ni. Nak ke klinik ambil MC.”

Isu staf kerap ambil MC (Medical Leave) atau ponteng kerja tanpa sebab (absenteeism) adalah cabaran besar yang dihadapi oleh banyak syarikat di Malaysia.

Apabila seorang tidak hadir, rantaian kerja terganggu, moral staf lain merosot kerana terpaksa menanggung beban kerja tambahan, dan akhirnya produktiviti syarikat merosot.

Bagaimanakah cara terbaik menangani masalah ketidakhadiran pekerja tanpa melanggar undang-undang buruh? Berikut adalah langkah strategik yang boleh anda laksanakan:

1. Fahami Hak Cuti Sakit Di Bawah Akta Kerja 1955

Sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin, majikan perlu jelas tentang undang-undang. Mengikut Akta Kerja 1955, kuota minima cuti sakit bergaji setahun adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan pekerja:

  • Kurang 2 tahun berkhidmat: 14 hari.
  • 2 hingga 5 tahun berkhidmat: 18 hari.
  • Lebih 5 tahun berkhidmat: 22 hari.

Sekiranya pekerja mengemukakan sijil sakit yang sah daripada pengamal perubatan berdaftar, majikan wajib menerima MC tersebut dan membayar gaji mereka.

2. Wujudkan Polisi & SOP Notifikasi MC yang Ketat

Penyalahgunaan cuti sakit kerap berlaku jika syarikat tiada SOP yang jelas. Jika anda membenarkan staf menghantar gambar MC hanya melalui WhatsApp pada waktu tengah hari, anda sedang memberi ruang kepada budaya kerja yang culas.

  • Tetapkan polisi kehadiran yang tegas dalam syarikat:
  • Panggilan Telefon: Staf wajib menelefon pengurus terus (bukan sekadar mesej teks).
  • Had Masa: Makluman mesti dibuat sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu bekerja bermula.

Penyerahan MC: Sijil sakit asal (fizikal atau digital) wajib diserahkan kepada HR dalam tempoh 48 jam selepas kembali bekerja.

3. Laksanakan Return-to-Work Interview (Sesi Sembang Kasual)

Apabila staf yang kerap mengambil MC kembali bekerja, amalkan sesi Return-to-Work Interview. Ini bukanlah sesi soal siasat yang agresif, sebaliknya sesi perbincangan kasual dan profesional selama 5 minit.

Tanya khabar tentang kesihatan mereka dan rekodkan perbincangan tersebut. Sesi ini mempunyai kesan psikologi yang kuat: staf yang benar-benar sakit akan rasa dihargai, manakala staf yang sengaja “buat-buat sakit” akan sedar bahawa setiap ketidakhadiran mereka dipantau rapat oleh pihak pengurusan.

4. Kenal Pasti Trend dan Siasat Kesahihan MC

Gunakan data kehadiran untuk melihat corak ketidakhadiran pekerja. Adakah mereka kerap mengambil MC pada hari Isnin? Atau sehari sebelum dan selepas cuti umum (long weekend)?

Jika terdapat corak yang mencurigakan, atau anda mengesyaki sijil sakit tersebut adalah MC palsu, syarikat berhak untuk membuat semakan semula dengan klinik yang mengeluarkan sijil tersebut.

Perlu diingat, mengemukakan MC palsu adalah satu salah laku serius yang membolehkan pekerja dipecat melalui proses Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry).

5. Sediakan Panel Klinik Rasmi Syarikat

Bagi mengurangkan risiko staf “membeli MC” di klinik-klinik rawak, syarikat dicadangkan untuk melantik Klinik Panel rasmi.

Tetapkan polisi bahawa syarikat hanya akan menanggung kos rawatan atau menerima MC daripada klinik panel yang dilantik (kecuali untuk kes kecemasan atau luar kawasan).

Urus Cuti & Produktiviti Pekerja Bersama Pakar HR

Menguruskan kerenah pekerja, memantau rekod kehadiran, dan memastikan polisi syarikat sentiasa patuh dengan undang-undang buruh memerlukan ketegasan dan sistem yang teratur.

Jika anda sebagai pemilik bisnes terpaksa menghabiskan masa berjam-jam setiap minggu hanya untuk menyiasat MC staf dan membetulkan jadual kerja yang lari, fokus anda untuk grow bisnes pasti akan terganggu.

Inilah sebabnya mengapa semakin banyak SME di Malaysia beralih kepada Servis HR Outsourcing.

Jangan biarkan masalah ketidakhadiran pekerja merosakkan produktiviti dan keuntungan syarikat anda.

Hubungi ABS HR Capital Sdn Bhd hari ini untuk mendapatkan konsultasi bagaimana kami boleh membantu menyusun semula sistem HR syarikat anda menjadi lebih sistematik dan profesional.

Share this :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *